27.1.09

RUMAH TERBUKA YB SIOW CHEN PIN


Walaupun tidak dihadiri kesemua pengamal media di negeri ini, rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina Exco Kerajaan Negeri, YB Siow Chen Pin (yang juga ADUN Chennah) di Titi, Jelebu ternyata meriah. Kehadiran pengamal media ke rumah terbuka itu sebenarnya bukan semata-mata untuk membuat liputan, tetapi sebagai memenuhi permintaan YB yang bersungguh-sungguh menjemput pihak media ke rumah terbuka itu sejak beberapa hari lalu. Pengamal media bukan saja diberi tempat duduk khas, tetapi ternyata masakan nasi briyani dan sate yang dihidangkan menerusi katering Melayu begitu menyelerakan...

Berikut shot menarik yang sempat dirakamkan lensa ikwanonline.blogspot.com :

Dari kiri: Baya, Sharieza dan Hidayah (Sinar Harian), Nasir (NTV7) serta Ziauddin (Ketua Biro Berita Harian baru, menggantikan Ahmad Naim Tahir)


Aksi bersahaja Abd Rahman RTM (kiri) menyuap limau mandarin ke dalam mulut Farabi
(Utusan Malaysia)


Baya (Sinar Harian) tersipu-sipu ketika ditegur Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut hadir ke rumah terbuka berkenaan, sehingga turut mencuit hati YB Siow Chen Pin (kanan)


Dalam sibuk-sibuk menjamu selera, Ainna (kanan) sempat juga menemuramah orang ramai yang hadir. Contoh seorang wartawan dedikasi...


Selesai menjamu selera, tiba masa menyerbu Menteri Besar untuk bertanyakan isu semasa. Sidang media kali ini agak berbeza kerana turut disertai wartawan akhbar Cina yang jarang-jarang kami berjumpa.


Tidak kira macamana cara sekalipun untuk mendapatkan berita, termasuk terpaksa duduk atas lantai. Aksi Farabi (Utusan Malaysia) yang tidak pernah dibuat oleh wartawan lain.


Penat mengambil gambar, Abd Rahman (RTM) sempat menikmati cendol yang disediakan sebelum pulang semula ke pusat media masing-masing.