11 Januari 2009 - Program pertama i-Kwan pada tahun 2009 dimulakan dengan majlis makan malam sempena perpisahan tiga ahli i-Kwan yang bertukar ke luar Negeri Sembilan iaitu Naib Presiden i-Kwan, Muhd Izawan Baharin (Harian Metro) dan AJK i-Kwan, Ahmad Naim Tahir (Berita Harian) yang bertukar ke Kuala Lumpur; serta Arhiza Ahmad (Sinar Harian) yang bertukar ke Shah Alam.
Majlis yang berlangsung di restoran masakan Thai, Doll Tomyam di Jalan Tampin itu walaupun sederhana tetapi ternyata meriah, lebih-lebih dengan kehadiran tetamu kehormat, Mokhtar Alias (Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar NS) yang selama ini banyak membantu dan menyokong i-Kwan.
Majlis pada malam tersebut diselenggarakan Mohd Amin Jalil (AJK i-Kwan) yang bertungkus lumus membuat tempahan serta menyusun atur dewan jamuan sejak beberapa hari lalu. Syabas Amin kerana berjaya menyediakan tempat yang begitu selesa.
Ketika memberi ucapan, Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail menggesa setiap ahli i-Kwan untuk terus bersatu-padu menyokong segala aktiviti kelab sepanjang tahun ini. Dalam masa sama, beliau mengumumkan ketiga-tiga ahli berkenaan (Izawan, Naim dan Arhiza) masih menyertai i-Kwan sebagai ahli bersekutu.
Sementara itu, ketika ucapan, ketiga-tiganya (Izawan, Naim dan Arhiza) turut merakamkan penghargaan kepada i-Kwan kerana mengaturkan majlis makan malam itu. Mereka juga bersetuju untuk terus menyumbangkan bakti, tenaga dan bekerjasama dengan i-Kwan untuk sebarang aktiviti pada masa depan.
Kemuncak program bermula... menjamu selera dengan masakan tom yam, ikan siakap, udang goreng tepung, sayur kailan, telur dadar dan Fresh Orange.
Sambil menjamu selera, sempat berbincang sesuatu... Dari kiri : Rahman (RTM) Abang Hashim (suami Nor Aziah - Berita Harian) dan Mohd Amin Jalil (Berita Harian - Pengarah Program).
Setiausaha i-Kwan, Ahmad Syahrul (dua dari kanan) sedang leka mendengar amanat Ahmad Naim (kanan sekali) selain Farabi, Ainol dan Arhiza.
Wartawan Harian Metro, Sulaiman Salleh (kiri) turut hadir walaupun terpaksa datang jauh dari Bangi. Thanks gang, kerana sering bagi sokongan kepada i-Kwan.
Noraziah (kanan sekali) atau lebih mesra dengan panggilan Kak Aziah di kalangan wartawan Negeri Sembilan juga tidak pernah ketinggalan menyertai setiap aktiviti i-Kwan. Thanks Kak Aziah !
Jurugambar KOSMO!, Abd Razak Aid (kiri) sempat berseloroh dengan Izawan sehingga menggelikan hati Sulaiman (tengah) apabila melihat telatah kedua-duanya.
Dua puteri Sinar Harian sempat berposing selepas selesai menjamu selera... Dari kiri Sharieza dan Nurbaya.
Pereka grafik i-Kwan, Nadzarul Amir Zainal Azam (KOSMO!) tersenyum ketika menyedari gambarnya dirakamkan lensa ikwanonline walaupun berseorangan pada malam itu.. he he..
Walaupun lewat tiba kerana tidak sihat, Bendahari i-Kwan, Muhd Faizal Abas (TV3) tetap menggagahkan diri meraikan rakan-rakan. Kelihatan situasi penuh emosi Izawan ketika menyambut kedatangan Muhd Faizal sehingga memeningkan kepala Farabi (kiri).
Sehingga berjumpa lagi... Jika selama ini kedua-duanya berkerja di bawah satu bumbung di Seremban, kini kedua-duanya juga berada di satu bumbung di Bangsar, Kuala Lumpur tetapi sukar lagi untuk berjumpa berikutan lokasi tempat bertugas yang berasingan.