5 Januari 2009 - Para pengamal media Negeri Sembilan sekali lagi berkumpul di Seri Menanti bagi membuat liputan kedatangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Kedatangan baginda berdua adalah untuk menziarahi makam Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember lalu.
Baginda berdua tiba di padang awam Seri Menanti pada jam 10.40 pagi dengan menaiki helikopter yang berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kuala Lumpur dan disambut Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Nazaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
Tuanku Mizan disambut Tunku Naquiyuddin sebaik saja turun dari helikopter.
Sebaik saja tiba, Tuanku Mizan terus berangkat ke makam diraja yang terletak berdekatan untuk bacaan tahlil serta doa yang diketuai Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Mohd Zaidi Ramli sebelum baginda menyiram air mawar ke makam Almarhum Tuanku Ja’afar.
Sepanjang program ziarah baginda, sekali lagi para wartawan, jurufoto dan jurukamera TV media di Negeri Sembilan memain peranan menyampaikan maklumat kepada masyarakat terhadap ketua negara berkenaan. Tahniah kepada pengamal media yang hadir membuat liputan.

Kelihatan (dari kiri) Abd Rahman Ibrahim (jurukamera RTM), Mokhtar Alias (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Abd Razak Aid (jurufoto KOSMO!) Rais Yeop Johari (Wartawan KOSMO!) dan Yasir (Wartawan Utusan Malaysia) serta Nurbaya dan Hidayah (di belakang) ketika menuju ke istana dari makam.
Jurufoto KOSMO!, Abd Razak Aid (kanan) sedang mencari shot-shot yang menarik boleh dirakamkan untuk tatapan masyarakat.
Wartawan Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh (kanan) turut tidak melepaskan peluang menjadi jurufoto bagi merakamkan peristiwa bersejarah tersebut.