31.12.08

AMANAT PRESIDEN SEMPENA TAHUN BARU 2009




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2009. Sebaik kita melangkah ke era perubahan dinamik, tiada istilah untuk memandang ke belakang lagi apabila peranan media dewasa ini semakin siknifikan dengan pembangunan global yang bersikap lebih teruja dan terbuka.

Hari ini media berhadapan senario lebih mencabar, bukan sahaja sebagai pemberi maklumat tetapi juga bertindak sebagai sumber maklumat. Maka tidak hairanlah dalam modus operandi harian yang dilakukan oleh wartawan, jurufoto dan jurukamera TV banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutama kepada golongan yang `tenat' dan tidak faham tugas pengamal media cetak dan elektronik ini.

Walaupun begitu, pengamal media di negeri ini khususnya mempunyai daya fikir yang matang serta tahu membezakan apa yang tersurat di sebalik yang tersirat, sekaligus bersikap profesional sesuai dengan amalan dan etika kewartawanan yang dipelajari sebelum ini.

Oleh yang demikian, sempena ketibaan Tahun Baru 2009, saya menyeru sekalian ahli i-Kwan mempunyai pemikiran `kelas satu' dan sentiasa mara ke hadapan untuk diakseptasi sekalian masyarakat agar kita dihormati dan diperlukan dari masa ke semasa.

Kepada rakan yang telah menabur bakti bersama i-Kwan dan memperjuangkan misi dan visi, saya bagi pihak pihak semua mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga. Bagi rakan wartawan yang akan bertukar ke Kuala Lumpur, mahupun tempat kerja atau dinaikkan pangkat, saya mengucapkan syabas dan berdoa semoga ia memberi semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Akhir kata, ayuh kita bersama-sama menggerakkan i-Kwan sebagai kelab yang bertanggungjawab terhadap pembestarian pemikiran ahli, kebajikan, keperluan, perjuangan dan perihal suntikan semangat, sekali gus berdiri teguh dalam arus pembangunan mampan ini.


AINOL AMRIZ ISMAIL
Presiden