22.12.08

PERTANDINGAN BOLING i-KWAN PENUTUP TIRAI AKTVITI 2008


Pertandingan Boling i-Kwan 2008 yang bertempat di Jusco, Seremban 2 pada 21 Disember 2008 (Ahad - 8.00 malam) menjadi program terakhir i-Kwan untuk tahun ini. Sekaligus ia merealisasikan hasrat awal menganjurkan satu kejohanan sukan di kalangan ahli. Lebih bermakna, pertandingan itu turut dihadiri Exco Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Abdul Samad Ibrahim yang bukan saja sudi untuk merasmikan pertandingan tersebut, malah turut bersama-sama bertanding, biarpun terpaksa bergegas daripada satu program berasingan pada sebelah petang.



Walaupun pertandingan tersebut tidak disertai kesemua ahli berikutan urusan yang tidak dapat dielakkan, termasuk ada antaranya terpaksa bertugas, ternyata program malam itu tidak mengecewakan. Tahniah buat Pengarah Program, Mohd Amin Jalil dengan bantuan Hussaini Amran dan Arhiza Ahmad kerana berjaya menganjurkan program sukan yang ternyata meriah.

Memetik kepada kata-kata Presiden i-Kwan, Ainol Amriz yang berhasrat pada tahun depan diadakan kejohanan yang lebih besar bukan sekadar sukan boling, tetapi sukan lain seperti futsal, badminton, dart dan lain-lain, selain mewujudkan sukan antara organisasi melibatkan sebuah piala pusingan. Kita berharap agar hasrat tersebut menjadi kenyataan.



YB Abdul Samad memulakan balingan awal sebagai tanda perasmian Pertandingan Boling i-Kwan 2008.