20.12.08

HARI KELUARGA i-KWAN DI TIARA BEACH RESORT


Program pertama yang dianjurkan i-Kwan adalah Hari Keluarga 2008 pada 29 Jun 2008 (Ahad) bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson turut disertai keluarga ahli i-Kwan masing-masing. Hari Keluarga ini sengaja dijadikan aktiviti pertama selepas i-Kwan ditubuhkan sebagai satu platform untuk setiap ahli mengenali ahli keluarga rakan yang lain.

Walaupun program berkonsepkan 'santai' itu berlangsung hanya untuk satu hari, kebanyakan ahli telah bermalam di resort sehari sebelum dengan tajaan sepenuhnya oleh kelab. Manakala, pihak pengurusan Tiara Beach Resort turut menaja makan malam.

Pelbagai acara menarik telah berlangsung termasuk melibatkan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan sukaneka.


Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir dengan isteri sewaktu menyertai sukaneka.


Pengantin Baru, Saiful Haizam Hasam (Utusan Malaysia) turut tidak melepaskan peluang bersama isteri pada Hari Keluarga ini.

Tanpa mengira organisasi media, ternyata wujud kesepakatan ketika acara tarik tali.
Team yang disertai (dari kanan): Ahmad Naim (Berita Harian) Shahjehan (Utusan Malaysia), Rais (Kosmo!), Arhiza (Sinar Harian), Amir (Kosmo!) dan Farabi (Utusan Malaysia) sambil disokong Patrick (NST), Syaiful (Sinar Harian) dan Sofyan (Sinar Harian).

Anak-anak pengamal medialah yang paling gembira pada hari tersebut.



Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan mewarna.

Program Hari keluarga itu diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari yang dihadiri Exco Modal Insan, Belia dan Sukan, Abdul Samad Ibrahim mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Pada majlis makan tengahari itu, semua ahli i-Kwan turut diberikan hadiah menerusi cabutan bertuah termasuk dua buah telefon bimbit 3G. Malah, i-Kwan turut memberi hadiah kejutan kepada Saiful Haizam Hasam sempena perkahwinan beliau.

i-Kwan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Tiara Beach Resort (terutama saudara Aswandy) yang memberi layanan istimewa kepada i-Kwan sepanjang program berlangsung.