1 September 2009 - Buat pertama kali, Royale Bintang Resort & Spa Seremban berkerjasama dengan i-Kwan untuk program Majlis Berbuka Puasa melibatkan golongan daif di sekitar Seremban. Idea mewujudkan program ini adalah hasrat bersama Royale Bintang dan i-Kwan beberapa hari sebelum bulan puasa bermula iaitu mahu membawa mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati pengalaman berbuka puasa di hotel.
Menerusi pengalaman membuat liputan golongan daif serta kerjasama ketua-ketua kampung di beberapa kawasan sekitar Seremban, akhirnya i-Kwan berjaya menemui 29 insan yang bertuah yang terdiri daripada keluarga daif, anak yatim dan ibu tunggal untuk bersama-sama pengurusan Royale Bintang dan i-Kwan menikmati hidangan berbuka puasa di Royale Bintang Seremban.
Ternyata, program yang sederhana ini memberi makna yang besar buat mereka. Dari raut wajah, ternyata mereka gembira apabila diberi peluang menikmati hidangan di hotel yang mungkin ini mereka tidak pernah mengalaminya sebelum ini.
Antara insan yang diberi peluang bersama-sama berbuka puasa dengan pengurusan Royale Bintang dan i-Kwan.
Selepas majlis berbuka puasa itu, Pengurus Royale Bintang, Mashor Din dan Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail turut menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang turut serta pada majlis berkenaan.
Pengurus Royale Bintang Seremban, Mashor Din menyerahkan 'duit raya' kepada kanak-kanak sambil diperhatikan Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail di belakang.
Antara ahli i-Kwan yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa (dari kiri: Baya Sinar Harian, Lin RTM & suami dan Izan Tv3)
Di kesempatan ini, i-Kwan mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Royale Bintang Seremban, Mashor Din dan Penolong Pengarah Jualan Royale Bintang Seremban, Zalifah Azura kerana memberi kepercayaan kepada i-Kwan untuk bersama-sama menganjurkan majlis amal ini. Semoga kerjasama erat ini akan berterusan dengan pelbagai lagi program secara usahasama dilaksanakan.