27.1.09

RUMAH TERBUKA YB SIOW CHEN PIN


Walaupun tidak dihadiri kesemua pengamal media di negeri ini, rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina Exco Kerajaan Negeri, YB Siow Chen Pin (yang juga ADUN Chennah) di Titi, Jelebu ternyata meriah. Kehadiran pengamal media ke rumah terbuka itu sebenarnya bukan semata-mata untuk membuat liputan, tetapi sebagai memenuhi permintaan YB yang bersungguh-sungguh menjemput pihak media ke rumah terbuka itu sejak beberapa hari lalu. Pengamal media bukan saja diberi tempat duduk khas, tetapi ternyata masakan nasi briyani dan sate yang dihidangkan menerusi katering Melayu begitu menyelerakan...

Berikut shot menarik yang sempat dirakamkan lensa ikwanonline.blogspot.com :

Dari kiri: Baya, Sharieza dan Hidayah (Sinar Harian), Nasir (NTV7) serta Ziauddin (Ketua Biro Berita Harian baru, menggantikan Ahmad Naim Tahir)


Aksi bersahaja Abd Rahman RTM (kiri) menyuap limau mandarin ke dalam mulut Farabi
(Utusan Malaysia)


Baya (Sinar Harian) tersipu-sipu ketika ditegur Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut hadir ke rumah terbuka berkenaan, sehingga turut mencuit hati YB Siow Chen Pin (kanan)


Dalam sibuk-sibuk menjamu selera, Ainna (kanan) sempat juga menemuramah orang ramai yang hadir. Contoh seorang wartawan dedikasi...


Selesai menjamu selera, tiba masa menyerbu Menteri Besar untuk bertanyakan isu semasa. Sidang media kali ini agak berbeza kerana turut disertai wartawan akhbar Cina yang jarang-jarang kami berjumpa.


Tidak kira macamana cara sekalipun untuk mendapatkan berita, termasuk terpaksa duduk atas lantai. Aksi Farabi (Utusan Malaysia) yang tidak pernah dibuat oleh wartawan lain.


Penat mengambil gambar, Abd Rahman (RTM) sempat menikmati cendol yang disediakan sebelum pulang semula ke pusat media masing-masing.


26.1.09

HAPPY CHINESE NEW YEAR...


Di kesempatan ini, i-Kwan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada dua ahli kelab iaitu Heidi Foo (NST) dan Low Boon Tat (The Star). Semoga tahun baru ini akan memberi kegembiraan dan kejayaan kepada kedua-duanya termasuk dalam tugasan kewartawanan yang diceburi... GONG XI FA CAI...


Heidi Foo ( Wartawan New Straits Times)


Low Boon Tat (Jurufoto The Star)

i-Kwan turut mengucapkan penghargaan kepada kedua-duanya yang menjadi penyokong kuat kelab sejak ditubuhkan, bukan saja menyertai aktiviti yang disediakan, malah terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti kelab. Thanks gang...


17.1.09

DUGAAN DUA RAKAN WARTAWAN...


Para pengamal media di negeri ini juga tidak lari daripada pelbagai dugaan. 15 Januari lalu, dua ahli i-Kwan, Rais Yeop Johari (KOSMO!) dan Mohammad Yasir Jaafar (Utusan Malaysia) kerugian kira-kira RM12,000 apabila kenderaan masing-masing diumpil penjenayah ketika mendapatkan berita di Kompleks Renang Seremban 2.


Keratan akhbar KOSMO! pada 17 Januari 2009 melaporkan insiden yang menimpa kedua-dua wartawan berkenaan.


Masing-masing yang kehilangan komputer riba, kamera digital, dokumen peribadi serta barangan lain menyedari keretanya diumpil sebaik saja selesai menjalankan tugas. Selain mereka, turut diumpil adalah satu lagi kenderaan lain berdekatan.

i-Kwan sesungguhnya bersimpati dengan insiden yang menimpa kedua-dua rakan ini. Bagaimanapun, i-Kwan mengingatkan orang ramai, khususnya rakan-rakan pengamal media lain supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas dengan tidak meninggalkan barang berharga dalam kenderaan.

i-KWAN KUTUK KEGANASAN ISRAEL


Akhbar Sinar Harian 13 Januari lalu melaporkan i-Kwan secara rasmi menyatakan pendirian mengutuk kekejaman Israel yang menindas dan membunuh rakyat Palestin. Pendirian itu menyaksikan i-Kwan pertubuhan pertama yang dianggotai para pengamal media di negara ini menyatakan pendirian mengutuk kekejaman rejim Israel tersebut.

Selaras dengan itu juga, Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail menyatakan hasrat untuk mengadakan satu program khas melibatkan para pengamal media bagi mengenang penderitaan masyarakat Palestin. Malah, beliau sendiri akan menceritakan pengalaman ketika berada di bumi Palestin sebelum ini bagi melihat dengan lebih dekat penderitaan masyarakat Palestin, untuk tatapan rakyat Malaysia. Semoga penglibatan i-Kwan ini akan membuka semangat rakyat Malaysia menentang kekejaman Israel.



Keratan akhbar Sinar Harian 13 Januari 2009 (mukasurat 13)


11.1.09

SATU MALAM PENUH KERIANGAN


11 Januari 2009 - Program pertama i-Kwan pada tahun 2009 dimulakan dengan majlis makan malam sempena perpisahan tiga ahli i-Kwan yang bertukar ke luar Negeri Sembilan iaitu Naib Presiden i-Kwan, Muhd Izawan Baharin (Harian Metro) dan AJK i-Kwan, Ahmad Naim Tahir (Berita Harian) yang bertukar ke Kuala Lumpur; serta Arhiza Ahmad (Sinar Harian) yang bertukar ke Shah Alam.


Pengerusi i-Kwan, Ainol Amriz Ismail menyampaikan ucaptama pada malam tersebut

Majlis yang berlangsung di restoran masakan Thai, Doll Tomyam di Jalan Tampin itu walaupun sederhana tetapi ternyata meriah, lebih-lebih dengan kehadiran tetamu kehormat, Mokhtar Alias (Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar NS) yang selama ini banyak membantu dan menyokong i-Kwan.

Majlis pada malam tersebut diselenggarakan Mohd Amin Jalil (AJK i-Kwan) yang bertungkus lumus membuat tempahan serta menyusun atur dewan jamuan sejak beberapa hari lalu. Syabas Amin kerana berjaya menyediakan tempat yang begitu selesa.

Ketika memberi ucapan, Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail menggesa setiap ahli i-Kwan untuk terus bersatu-padu menyokong segala aktiviti kelab sepanjang tahun ini. Dalam masa sama, beliau mengumumkan ketiga-tiga ahli berkenaan (Izawan, Naim dan Arhiza) masih menyertai i-Kwan sebagai ahli bersekutu.


Ahmad Naim (kiri) ketika memberi ucapan sempena majlis tersebut

Sementara itu, ketika ucapan, ketiga-tiganya (Izawan, Naim dan Arhiza) turut merakamkan penghargaan kepada i-Kwan kerana mengaturkan majlis makan malam itu. Mereka juga bersetuju untuk terus menyumbangkan bakti, tenaga dan bekerjasama dengan i-Kwan untuk sebarang aktiviti pada masa depan.


Bacaan doa disampaikan AJK Kerohanian i-Kwan, Farabi Said Al-Jabri - Utusan Malaysia (kanan sekali)


Kemuncak program bermula... menjamu selera dengan masakan tom yam, ikan siakap, udang goreng tepung, sayur kailan, telur dadar dan Fresh Orange.


Dari kiri: Izan (NTV7), Fazlin (TV3) dan Ali Chooi (TV3) turut hadir memeriahkan majlis


Sambil menjamu selera, sempat berbincang sesuatu... Dari kiri : Rahman (RTM) Abang Hashim (suami Nor Aziah - Berita Harian) dan Mohd Amin Jalil (Berita Harian - Pengarah Program).


Setiausaha i-Kwan, Ahmad Syahrul (dua dari kanan) sedang leka mendengar amanat Ahmad Naim (kanan sekali) selain Farabi, Ainol dan Arhiza.


Wartawan Harian Metro, Sulaiman Salleh (kiri) turut hadir walaupun terpaksa datang jauh dari Bangi. Thanks gang, kerana sering bagi sokongan kepada i-Kwan.


Noraziah (kanan sekali) atau lebih mesra dengan panggilan Kak Aziah di kalangan wartawan Negeri Sembilan juga tidak pernah ketinggalan menyertai setiap aktiviti i-Kwan. Thanks Kak Aziah !


Rakan Izawan dari Kuala Lumpur juga hadir memberi sokongan pada malam itu...


Jurugambar KOSMO!, Abd Razak Aid (kiri) sempat berseloroh dengan Izawan sehingga menggelikan hati Sulaiman (tengah) apabila melihat telatah kedua-duanya.


Dua puteri Sinar Harian sempat berposing selepas selesai menjamu selera... Dari kiri Sharieza dan Nurbaya.


Pereka grafik i-Kwan, Nadzarul Amir Zainal Azam (KOSMO!) tersenyum ketika menyedari gambarnya dirakamkan lensa ikwanonline walaupun berseorangan pada malam itu.. he he..


Walaupun lewat tiba kerana tidak sihat, Bendahari i-Kwan, Muhd Faizal Abas (TV3) tetap menggagahkan diri meraikan rakan-rakan. Kelihatan situasi penuh emosi Izawan ketika menyambut kedatangan Muhd Faizal sehingga memeningkan kepala Farabi (kiri).


Sehingga berjumpa lagi... Jika selama ini kedua-duanya berkerja di bawah satu bumbung di Seremban, kini kedua-duanya juga berada di satu bumbung di Bangsar, Kuala Lumpur tetapi sukar lagi untuk berjumpa berikutan lokasi tempat bertugas yang berasingan.


Sehingga berjumpa lagi.... Satu pena, satu matlamat...dari kiri: Muhd Faizal (TV3), Ahmad Naim (Berita Harian), Ainol Amriz (Utusan Malaysia), Mohd Amin Jalil (Berita Harian) dan Muhd Izawan (Harian Metro)


7.1.09

SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU...


Tahun 2009 menyaksikan tiga tonggak i-Kwan bertukar tempat kerja. Pada 1 Januari lalu, Naib Presiden i-Kwan, Muhd Izawan Baharin disahkan bertukar ke Harian Metro Kuala Lumpur yang beribu pejabat di Bangsar. Pada tarikh yang sama, Ahli Jawatankuasa i-Kwan, Ahmad Naim Tahir (Ketua Biro Berita Harian Seremban) juga bertukar di Berita Harian Kuala Lumpur.

Sementara itu, pada 8 Januari 2009, Ketua Wartawan Sinar Harian Seremban, Arhiza Ahmad pula bertukar ke Sinar Harian Shah Alam sebagai wartawan untuk edisi Nasional.



i-Kwan mengucapkan selamat bertugas kepada ketiga-tiga mereka yang juga merupakan mereka yang banyak berjasa kepada kelab dan boleh dikatakan ketiga-tiga mereka adalah antara yang terlibat secara langsung dalam penubuhan awal i-Kwan. Bravo !

5.1.09

i-KWAN BERSAMA YANG DIPERTUAN AGONG DI SERI MENANTI


5 Januari 2009 - Para pengamal media Negeri Sembilan sekali lagi berkumpul di Seri Menanti bagi membuat liputan kedatangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Kedatangan baginda berdua adalah untuk menziarahi makam Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember lalu.



Baginda berdua tiba di padang awam Seri Menanti pada jam 10.40 pagi dengan menaiki helikopter yang berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kuala Lumpur dan disambut Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Nazaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.


Tuanku Mizan disambut Tunku Naquiyuddin sebaik saja turun dari helikopter.

Sebaik saja tiba, Tuanku Mizan terus berangkat ke makam diraja yang terletak berdekatan untuk bacaan tahlil serta doa yang diketuai Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Mohd Zaidi Ramli sebelum baginda menyiram air mawar ke makam Almarhum Tuanku Ja’afar.

Sepanjang program ziarah baginda, sekali lagi para wartawan, jurufoto dan jurukamera TV media di Negeri Sembilan memain peranan menyampaikan maklumat kepada masyarakat terhadap ketua negara berkenaan. Tahniah kepada pengamal media yang hadir membuat liputan.


Kelihatan (dari kiri) Abd Rahman Ibrahim (jurukamera RTM), Mokhtar Alias (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Abd Razak Aid (jurufoto KOSMO!) Rais Yeop Johari (Wartawan KOSMO!) dan Yasir (Wartawan Utusan Malaysia) serta Nurbaya dan Hidayah (di belakang) ketika menuju ke istana dari makam.


Jurufoto KOSMO!, Abd Razak Aid (kanan) sedang mencari shot-shot yang menarik boleh dirakamkan untuk tatapan masyarakat.


Wartawan Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh (kanan) turut tidak melepaskan peluang menjadi jurufoto bagi merakamkan peristiwa bersejarah tersebut.