Tahun 2008 yang akan ditinggalkan tidak lama lagi pasti akan meninggalkan kenangan pahit dan manis di kalangan pengamal media di Negeri Sembilan. Dalam tempoh setahun, berbagai isu telah dikupas dengan satu matlamat iaitu untuk memastikan setiap maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat.
Tidak dinafikan, sebagai petugas media, sudah tentu pelbagai ranjau ditempohi sepanjang menjalankan tugas. Dicemuh atau dicaci sudah menjadi perkara biasa dalam bidang kewartawanan. Malah, ada pula yang menuduh media sengaja memutar belitkan isu. Bagi kami, itu hanya pendapat individu kerana setiap apa yang dilaporkan, semuanya berlandaskan kepada etika kewartawanan.
Tetapi, tidak kurang juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada para media, kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa depan. Bagi ahli i-Kwan, teruskan tugas dengan cemerlang untuk tahun 2009. Sedarilah, tanggungjawab kita kepada negara dan rakyat begitu besar.
Sebagai mengakhiri tahun 2008 ini, atas permintaan ramai, disertakan gambar candid ahli i-Kwan ketika menjalankan tugas. Menerusi paparan ini, anda mungkin dapat memahami semangat seorang pengamal media ketika menjalankan tugas.
Ketua Biro Bernama, Shahrullizan Rusli (kanan sekali) terpaksa bergegas untuk mendapatkan berita selepas mendapat tahu anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban 2.
Tanpa mengira pangkat sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (kiri) yang juga Presiden i-Kwan tetap turun padang bertemu orang ramai ketika membuat tinjauan masalah kejadian kecurian yang sering berlaku di Lavender Height, Senawang.
Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir (dua dari kanan) dan jurukamera RTM, Norazura Zubir ketika sidang media Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri.
Jurukamera NTV7, Abdul Nasir Ishak sedang sibuk membuat liputan sidang media Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Port Dickson yang turut disertai pengamal media luar negara termasuk bloggers.
Wartawan KOSMO!, Nadzarul Amir Zainal Azam (kanan) sanggup berpanas terik untuk menyelami masalah orang ramai di sebuah kampung dekat Labu yang mengadu berlaku tanah runtuh.
Walaupun terpaksa berasak-asak, jurugambar The Star, Low Boon Tat tidak melepaskan peluang memberi pose menarik kepada Lensa ikwanonline.blogspot.com ketika membuat liputan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Rembau.
Gambar ini diambil pada Ramadan lalu. Jurukamera KOSMO!, Abd Razak Aid sabar menunggu mendapatkan shot terbaik bagi satu insiden jenayah di bandar Seremban walaupun ketika itu waktu berbuka puasa telah hampir. Jurugambar Berita Harian, Dzulkefli Mustapha (kiri) dan wartawan Harian Metro, Muhd Izawan Baharin (kanan) turut terlibat dalam operasi kebersihan bersama-sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar di sebuah restoran dekat Senawang bagi mendapatkan berita dengan tepat. Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir (kanan) dan Wartawan KOSMO!, Nadzarul Amir Zainal Azam sedang menemuramah Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin ketika mengunjungi masyarakat di Kampung Sentosa Jaya, Paroi. Wartawan Utusan Malaysia, Jamliah Abdullah turut serta bersama-sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif ketika tinjauan tanah mendap di Taman Senangin, Senawang. Wartawan Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh (Kanan) sedang menemuramah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Klana Resort, Seremban.Farabi Said Al-Jabri (wartawan Utusan Malaysia) dan Shahrullizan Rusli (Ketua Biro Bernama) sabar menunggu di sebalik orang ramai untuk mendapatkan berita pada program Hari Terbuka Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Labu.
Kerjaya sebagai wartawan juga memerlukan pengetahuan yang luas. Dari kiri; Dharshini Balan (NST), Ainna (Sinar Harian) dan Mila (Praktikal Bernama) tetap membuat 'study' sementara menunggu sidang akhbar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Para wartawan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail sementara menunggu sidang akhbar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).