31.12.08

AMANAT PRESIDEN SEMPENA TAHUN BARU 2009




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2009. Sebaik kita melangkah ke era perubahan dinamik, tiada istilah untuk memandang ke belakang lagi apabila peranan media dewasa ini semakin siknifikan dengan pembangunan global yang bersikap lebih teruja dan terbuka.

Hari ini media berhadapan senario lebih mencabar, bukan sahaja sebagai pemberi maklumat tetapi juga bertindak sebagai sumber maklumat. Maka tidak hairanlah dalam modus operandi harian yang dilakukan oleh wartawan, jurufoto dan jurukamera TV banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutama kepada golongan yang `tenat' dan tidak faham tugas pengamal media cetak dan elektronik ini.

Walaupun begitu, pengamal media di negeri ini khususnya mempunyai daya fikir yang matang serta tahu membezakan apa yang tersurat di sebalik yang tersirat, sekaligus bersikap profesional sesuai dengan amalan dan etika kewartawanan yang dipelajari sebelum ini.

Oleh yang demikian, sempena ketibaan Tahun Baru 2009, saya menyeru sekalian ahli i-Kwan mempunyai pemikiran `kelas satu' dan sentiasa mara ke hadapan untuk diakseptasi sekalian masyarakat agar kita dihormati dan diperlukan dari masa ke semasa.

Kepada rakan yang telah menabur bakti bersama i-Kwan dan memperjuangkan misi dan visi, saya bagi pihak pihak semua mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga. Bagi rakan wartawan yang akan bertukar ke Kuala Lumpur, mahupun tempat kerja atau dinaikkan pangkat, saya mengucapkan syabas dan berdoa semoga ia memberi semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Akhir kata, ayuh kita bersama-sama menggerakkan i-Kwan sebagai kelab yang bertanggungjawab terhadap pembestarian pemikiran ahli, kebajikan, keperluan, perjuangan dan perihal suntikan semangat, sekali gus berdiri teguh dalam arus pembangunan mampan ini.


AINOL AMRIZ ISMAIL
Presiden

MELAPORKAN DARI ISTANA


Beberapa pengamal media di Negeri Sembilan berkampung di Seri Menanti bagi membuat liputan sempena kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang lalu. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan bukan saja rakyat negara ini, malah orang luar mengetahui perkembangan sepanjang berita kemangkatan tersebut dengan cepat dan tepat. Tahniah kepada wartawan yang terlibat membuat liputan tersebut sehingga ada di antaranya terpaksa membatalkan cuti semata-mata bagi memastikan laporan berita yang disediakan lengkap.


Antara wartawan yang hadir membuat liputan dalam gambar: Muhd Izawan Baharin (Harian Metro), Nadzarul Amir Zainal Azam (KOSMO!), Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia) dan Abd Razak Aid (KOSMO!)


Muhd Izawan (kiri) sempat mengambil gambar rakan wartawan yang lain.


29.12.08

MEDIA DI NEGERI SEMBILAN SEPANJANG 2008


Tahun 2008 yang akan ditinggalkan tidak lama lagi pasti akan meninggalkan kenangan pahit dan manis di kalangan pengamal media di Negeri Sembilan. Dalam tempoh setahun, berbagai isu telah dikupas dengan satu matlamat iaitu untuk memastikan setiap maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat.

Tidak dinafikan, sebagai petugas media, sudah tentu pelbagai ranjau ditempohi sepanjang menjalankan tugas. Dicemuh atau dicaci sudah menjadi perkara biasa dalam bidang kewartawanan. Malah, ada pula yang menuduh media sengaja memutar belitkan isu. Bagi kami, itu hanya pendapat individu kerana setiap apa yang dilaporkan, semuanya berlandaskan kepada etika kewartawanan.

Tetapi, tidak kurang juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada para media, kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa depan. Bagi ahli i-Kwan, teruskan tugas dengan cemerlang untuk tahun 2009. Sedarilah, tanggungjawab kita kepada negara dan rakyat begitu besar.

Sebagai mengakhiri tahun 2008 ini, atas permintaan ramai, disertakan gambar candid ahli i-Kwan ketika menjalankan tugas. Menerusi paparan ini, anda mungkin dapat memahami semangat seorang pengamal media ketika menjalankan tugas.


Ketua Biro Bernama, Shahrullizan Rusli (kanan sekali) terpaksa bergegas untuk mendapatkan berita selepas mendapat tahu anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban 2.


Tanpa mengira pangkat sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (kiri) yang juga Presiden i-Kwan tetap turun padang bertemu orang ramai ketika membuat tinjauan masalah kejadian kecurian yang sering berlaku di Lavender Height, Senawang.


Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir (dua dari kanan) dan jurukamera RTM, Norazura Zubir ketika sidang media Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri.


Jurukamera NTV7, Abdul Nasir Ishak sedang sibuk membuat liputan sidang media Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Port Dickson yang turut disertai pengamal media luar negara termasuk bloggers.


Wartawan KOSMO!, Nadzarul Amir Zainal Azam (kanan) sanggup berpanas terik untuk menyelami masalah orang ramai di sebuah kampung dekat Labu yang mengadu berlaku tanah runtuh.


Walaupun terpaksa berasak-asak, jurugambar The Star, Low Boon Tat tidak melepaskan peluang memberi pose menarik kepada Lensa ikwanonline.blogspot.com ketika membuat liputan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Rembau.


Gambar ini diambil pada Ramadan lalu. Jurukamera KOSMO!, Abd Razak Aid sabar menunggu mendapatkan shot terbaik bagi satu insiden jenayah di bandar Seremban walaupun ketika itu waktu berbuka puasa telah hampir.


Jurugambar Berita Harian, Dzulkefli Mustapha (kiri) dan wartawan Harian Metro, Muhd Izawan Baharin (kanan) turut terlibat dalam operasi kebersihan bersama-sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar di sebuah restoran dekat Senawang bagi mendapatkan berita dengan tepat.


Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir (kanan) dan Wartawan KOSMO!, Nadzarul Amir Zainal Azam sedang menemuramah Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin ketika mengunjungi masyarakat di Kampung Sentosa Jaya, Paroi.


Wartawan Utusan Malaysia, Jamliah Abdullah turut serta bersama-sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif ketika tinjauan tanah mendap di Taman Senangin, Senawang.


Wartawan Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh (Kanan) sedang menemuramah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Klana Resort, Seremban.


Farabi Said Al-Jabri (wartawan Utusan Malaysia) dan Shahrullizan Rusli (Ketua Biro Bernama) sabar menunggu di sebalik orang ramai untuk mendapatkan berita pada program Hari Terbuka Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Labu.


Kerjaya sebagai wartawan juga memerlukan pengetahuan yang luas. Dari kiri; Dharshini Balan (NST), Ainna (Sinar Harian) dan Mila (Praktikal Bernama) tetap membuat 'study' sementara menunggu sidang akhbar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).



Para wartawan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail sementara menunggu sidang akhbar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).


27.12.08

SATU KEHILANGAN BESAR BUAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN


27 DISEMBER 2008 - Jam 11.45 pagi, ketika kebanyakan pengamal media di Negeri Sembilan sedang sibuk membuat liputan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban, negara khususnya rakyat Negeri Sembilan dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.


Bagi pengamal media di Negeri Sembilan, kemangkatan baginda sudah tentu amat dirasai, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah dan sering membuat liputan berkaitan program yang disertai baginda sebelum ini. Di kesempatan ini, i-Kwan mengucapkan takziah atas kemangkatan baginda.

AL-FATIHAH.

Layari www.rajakitans.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah baginda.

24.12.08

KENYATAAN PRESIDEN YANG BERNAS


Pengamal media perlu bersatu...


Kenyataan Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail yang tersiar dalam Sinar Harian hari ini mendapat reaksi positif di kalangan para pengamal media yang bersetuju dengan kenyataan itu. Bagi wartawan, jurufoto dan jurukamera TV media tempatan yang telah lama bertugas di Negeri Sembilan, mereka berpendapat penubuhan i-Kwan memberi revolusi baru kepada mereka . Adalah diharapkan pada tahun 2009 ini, i-Kwan akan terus ke depan.

Dalam pada itu, i-Kwan ingin merakamkan penghargaan terhadap Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana) dan Kelab Wartawan Cina Negeri Sembilan yang selama ini turut berperanan menyatukan pengamal media di Negeri Sembilan dengan menjalankan pelbagai aktiviti. Kita berharap, kerjasama antara ketiga-tiga kelab ini dapat diteruskan pada masa depan bagi menguatkan lagi hubungan kekeluargaan pengamal media di Negeri Sembilan.


22.12.08

PERTANDINGAN BOLING i-KWAN PENUTUP TIRAI AKTVITI 2008


Pertandingan Boling i-Kwan 2008 yang bertempat di Jusco, Seremban 2 pada 21 Disember 2008 (Ahad - 8.00 malam) menjadi program terakhir i-Kwan untuk tahun ini. Sekaligus ia merealisasikan hasrat awal menganjurkan satu kejohanan sukan di kalangan ahli. Lebih bermakna, pertandingan itu turut dihadiri Exco Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Abdul Samad Ibrahim yang bukan saja sudi untuk merasmikan pertandingan tersebut, malah turut bersama-sama bertanding, biarpun terpaksa bergegas daripada satu program berasingan pada sebelah petang.



Walaupun pertandingan tersebut tidak disertai kesemua ahli berikutan urusan yang tidak dapat dielakkan, termasuk ada antaranya terpaksa bertugas, ternyata program malam itu tidak mengecewakan. Tahniah buat Pengarah Program, Mohd Amin Jalil dengan bantuan Hussaini Amran dan Arhiza Ahmad kerana berjaya menganjurkan program sukan yang ternyata meriah.

Memetik kepada kata-kata Presiden i-Kwan, Ainol Amriz yang berhasrat pada tahun depan diadakan kejohanan yang lebih besar bukan sekadar sukan boling, tetapi sukan lain seperti futsal, badminton, dart dan lain-lain, selain mewujudkan sukan antara organisasi melibatkan sebuah piala pusingan. Kita berharap agar hasrat tersebut menjadi kenyataan.



YB Abdul Samad memulakan balingan awal sebagai tanda perasmian Pertandingan Boling i-Kwan 2008.


WAKIL RTM DOMINASI KATEGORI INDIVIDU


21 Disember 2008- Dua wakil RTM iaitu Badrul Hafizan dan Norazura Zubir mengungguli kategori individu Pertandingan Boling i-Kwan yang bertempat di Jusco, Seremban 2 selepas mencatatkan jatuhan pin terbanyak masing-masing untuk kategori lelaki dan wanita.

Sementara Trio yang terdiri daripada Norazura bersama Ahmad Syahrul (Sinar Harian) dan Nadzarul Amir (Kosmo!) turut mencatat kemenangan selepas terpaksa berhempas pulas menundukkan saingan terdekatnya iaitu Trio Badrul Hafizan yang turut disertai Farabi (Utusan Malaysia) dan Sulaiman (Harian Metro).

Sementara itu, Trio VIP yang terdiri daripada YB Abdul Samad (Jemputan) Ainol Amriz (Presiden) dan Md Nor (Jemputan) tidak kurang hebatnya walaupun terpaksa berpuashati di tempat ketiga.

Para pemenang bergambar dengan YB Abdul Samad Ibrahim (Exco Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan) yang merasmikan pertandingan boling tersebut.


TRIO Norazura (RTM), Syahrul (Sinar Harian) dan Amir (Kosmo!) muncul johan. TAHNIAH !


Badrul Hafizan (RTM) menjuarai jatuhan pin tertinggi (Lelaki) dengan 269 mata.


Norazura Zubir (RTM) menjuarai jatuhan pin tertinggi (wanita) dengan 200 mata.


KEPUTUSAN PENUH :

JOHAN: Trio Norazura (RTM), Ahmad Syahrul (Sinar Harian) dan Nadzarul Amir (Kosmo!) - 702 mata
NAIB JOHAN : Trio Farabi (Utusan), Sulaiman (Harian Metro) dan Badrul Hafizan (RTM) - 642 mata.
KETIGA : Trio YB Samad (Jemputan), Ainol Amriz (Utusan) dan Md Nor (Jemputan) - 636 mata.
KEEMPAT: Trio Shahjehan (Utusan), Hidayah (Sinar Harian) dan Nasir (NTV7) - 598 mata.
KELIMA: Trio Amin (Berita Harian), Nurlizan (TV3) dan Izawan (Harian Metro) - 552 mata.
KEENAM: Trio Faizal (TV3), Arhiza (Sinar Harian) dan Hanna Adlin (RTM) - 543 mata.
KETUJUH: Trio Patrick (NST), Low Boon Tat (The Star) dan Nor Aziah (Berita Harian) -512 mata.
KELAPAN: Trio Hussaini (Utusan), Fazlin (TV3) dan Amar (Jemputan) - 505 mata.
KESEMBILAN; Trio Ali Chooi (TV3), Nurbaya (Sinar Harian) dan Hafiz Aziz (Sinar Harian) -441 mata.

JATUHAN PIN TERTINGGI LELAKI
1. Badrul Hafizan (RTM) - 269 mata.
2. Ahmad Syahrul (Sinar Harian) - 254 mata.
3. Shahjehan (Utusan Malaysia) - 252 mata.
4. Nadzarul Amir (Kosmo!) - 248 mata.
5. Ainol Amriz (Utusan Malaysia) - 238 mata.
6. Hussaini (Utusan Malaysia) - 236 mata.
7. Nasir (TV3) - 214 mata.
8. Arhiza (Sinar Harian) - 211 mata.
9. Amin Jalil (Berita Harian) - 207 mata.
10.Izawan (Harian Metro) - 205 mata.
11. Sulaiman (Harian Metro) - 204 mata.
12. YB Abdul Samad (Jemputan) - 201 mata.
13. Md Nor (Jemputan) - 197 mata.
14. Faizal (TV3) - 192 mata.
15. Patrick (NST) - 189 mata.
16. Ali Chooi (TV3) - 176 mata.
17. Low Boon Tat (The Star) - 170 mata.
18. Farabi (Utusan Malaysia) - 169 mata.
19. Hafiz (Sinar Harian) - 156 mata.
20. Amar (Jemputan) - 123 mata.

JATUHAN PIN TERTINGGI WANITA
1. Norazura (RTM) - 200 mata.
2. Nor Aziah (Berita Harian) - 153 mata.
3. Fazlin (TV3) - 146 mata.
4. Nurlizan (TV3) - 140 mata.
5. Hanna Adlin (RTM) - 140 mata.
6. Hidayah (Sinar Harian) - 132 mata.
7. Nurbaya (Sinar Harian) -109 mata.


20.12.08

HI-TEA AMAL i-KWAN BERJAYA !


Dalam kesibukan tugas sebagai pengamal media, ia tidak menghalang i-Kwan menganjurkan satu program amal dengan kerjasama Pekerti bagi mengutip tabung untuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Negeri Sembilan pada 27 Julai lalu. Bertempat di Klana Resort Seremban, Hi-Tea bertemakan Beramal, Berhibur Bersama Adibah Nor dan Nabil itu berjaya bukan saja mendapat sambutan apabila dihadiri lebih 500 tetamu, tetapi persembahan yang ditampilkan Adibah Nor dan Nabil pada petang itu amat menghiburkan.

Program petang itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin selain beberapa anggota Exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan diperkenalkan kepada barisan wartawan sebaik saja tiba di perkarangan Klana Resort.

Program amal i-Kwan ini sebenarnya sebagai kayu pengukur sejauh mana kerjasama antara ahli kelab yang baru ditubuhkan untuk menganjurkan satu program yang besar bagi mengutip dana kebajikan. Ternyata, idea mewujudkan program ini mendapat reaksi positfif ahli kelab yang secara sukarela membantu menjayakannya.


Presiden i-Kwan, Ainol Amriz Ismail memberi ucapan pada program berkenaan.



Persembahan bertenaga Adibah Noor dan Nabil berjaya memukau para hadirin dengan persembahan yang amat menghiburkan. Kehadiran 30 kanak-kanak istimewa dari Taman Sinar Harapan, Seremban turut memeriahkan lagi program berkenaan dengan berbagai persembahan yang menarik.


Nabil sempat mengusik para tetamu yang hadir dengan jenakanya yang bersahaja.


Tetamu turut tersentuh ketika Adibah Noor mengakhiri persembahan kemuncak dengan nyanyian lagu 'Terlalu Istimewa' sambil diiringi kanak-kanak istimewa Taman Sinar Harapan.



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin turut terhibur dengan persembahan Adibah Noor dan Nabil.



Tiada yang lebih menggembirakan bagi kanak-kanak Taman Sinar Harapan ini apabila berpeluang untuk bersama-sama bergambar dengan Menteri Besar dan isteri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan program amal itu berjaya dan tercatat sebagai program induk i-Kwan untuk tahun 2008 ini. Tahniah kepada AJK yang diketuai Muhd Izawan Baharin selaku Pengarah Program serta dibantu oleh ahli i-Kwan yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan iaitu Muhammad Rais Yeop Johari, Shahjehan Maamin, Nadzarul Amir Zainal Azam, Darshini Balan, Ali Chooi serta lain-lain. SYABAS !

Terima kasih juga buat Pekerti yang sudi bekerjasama dengan i-Kwan dalam program ini. Semoaga kerjasama ini akan berterusan.


NABIL TERIMA KUNJUNGAN i-KWAN


27 Jun lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) i-Kwan yang diketuai Naib Presiden, Muhd Izawan Baharin berkunjung ke rumah Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil di Mambau, Seremban. Kunjungan tersebut adalah atas jemputan Nabil sendiri selepas i-Kwan berhajat untuk mendapat khidmat beliau dalam satu program amal yang telah dirancang. Kedatangan AJK i-Kwan disambut mesra oleh Nabil serta ahli keluarga. Lebih menggembirakan, Nabil sendiri menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dengan i-Kwan. Thanks Nabil !



Nabil sedang melayan AJK i-Kwan yang hadir. Selain kami tidak kering gusi dengan telatahnya yang bersahaja, kami turut dijamu dengan masakan lontong yang begitu lazat.

HARI KELUARGA i-KWAN DI TIARA BEACH RESORT


Program pertama yang dianjurkan i-Kwan adalah Hari Keluarga 2008 pada 29 Jun 2008 (Ahad) bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson turut disertai keluarga ahli i-Kwan masing-masing. Hari Keluarga ini sengaja dijadikan aktiviti pertama selepas i-Kwan ditubuhkan sebagai satu platform untuk setiap ahli mengenali ahli keluarga rakan yang lain.

Walaupun program berkonsepkan 'santai' itu berlangsung hanya untuk satu hari, kebanyakan ahli telah bermalam di resort sehari sebelum dengan tajaan sepenuhnya oleh kelab. Manakala, pihak pengurusan Tiara Beach Resort turut menaja makan malam.

Pelbagai acara menarik telah berlangsung termasuk melibatkan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan sukaneka.


Ketua Biro Berita Harian, Ahmad Naim Tahir dengan isteri sewaktu menyertai sukaneka.


Pengantin Baru, Saiful Haizam Hasam (Utusan Malaysia) turut tidak melepaskan peluang bersama isteri pada Hari Keluarga ini.

Tanpa mengira organisasi media, ternyata wujud kesepakatan ketika acara tarik tali.
Team yang disertai (dari kanan): Ahmad Naim (Berita Harian) Shahjehan (Utusan Malaysia), Rais (Kosmo!), Arhiza (Sinar Harian), Amir (Kosmo!) dan Farabi (Utusan Malaysia) sambil disokong Patrick (NST), Syaiful (Sinar Harian) dan Sofyan (Sinar Harian).

Anak-anak pengamal medialah yang paling gembira pada hari tersebut.



Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan mewarna.

Program Hari keluarga itu diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari yang dihadiri Exco Modal Insan, Belia dan Sukan, Abdul Samad Ibrahim mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Pada majlis makan tengahari itu, semua ahli i-Kwan turut diberikan hadiah menerusi cabutan bertuah termasuk dua buah telefon bimbit 3G. Malah, i-Kwan turut memberi hadiah kejutan kepada Saiful Haizam Hasam sempena perkahwinan beliau.

i-Kwan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Tiara Beach Resort (terutama saudara Aswandy) yang memberi layanan istimewa kepada i-Kwan sepanjang program berlangsung.

i-KWAN DIIKTIRAF PELBAGAI PIHAK


Ternyata, penubuhan i-Kwan memberi sinaran baru terhadap golongan pengamal media di Negeri Sembilan apabila mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan serta pihak swasta. Berdasarkan maklum balas, mereka sememangnya mengharapkan kerjasama media dalam membantu menyampaikan segala maklumat berkaitan jabatan kepada umum. Bagi i-Kwan, ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA ....


Ahli i-Kwan diperkenalkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dalam satu majlis makan tengahari di Klana Resort, Jun lalu.
Turut serta Pengarah JBSNS, Baharudin Jali.



PENGIKTIRAFAN KEPADA PENGAMAL MEDIA


Penubuhan i-Kwan adalah hasil cetusan idea beberapa pengamal media di Negeri Sembilan yang mahukan satu persatuan yang bukan saja untuk mengeratkan hubungan sesama pengamal media, malah yang lebih penting adalah peranannya untuk bersama-sama membangunkan negara menerusi cetusan idea dan pendapat yang disusuli dengan sokongan serta tindakan.


Ahli Jawatankuasa i-Kwan, Mohd Amin Jalil (kanan) ketika menerima sijil pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 18 Jun 2008 di Royal Bintang.


19.12.08

SALAM PERKENALAN...


KELAB WARTAWAN NEGERI SEMBILAN atau nama ringkasnya i-Kwan merupakan sebuah kelab yang dianggotai para pengamal media di Negeri Sembilan iaitu wartawan, jurugambar dan jurukamera TV yang bertugas di organisasi media tempatan. Ditubuhkan pada tahun 2007 sebelum didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada April 2008.



Logo kelab adalah rekaan Nadzarul Amir Zainal Azam (Wartawan Kosmo!)