25.2.09

AMIN BANTU TUGAS NAIB PRESIDEN


Mesyuarat AJK i-Kwan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi pagi tadi telah membuat keputusan untuk melantik Mohd Amin Jalil (Berita Harian) membantu tugas Naib Presiden i-Kwan berikutan perpindahan penyandang jawatan itu, Muhd Izawan Baharin ke Kuala Lumpur sejak Januari lalu. Mohd Amin adalah salah seorang AJK i-Kwan.

Selain itu, mesyuarat yang turut dihadiri wakil setiap syarikat media di Negeri Sembilan juga bersetuju melantik Badrul Hafizan (RTM) bagi membantu tugas Setiausaha berikutan Penolong Setiausaha, Noraini Wahib juga bertukar ke Kuala Lumpur.

Mereka akan membantu AJK induk i-Kwan dalam melaksanakan perancangan serta pelaksanaan bagi memastikan perjalanan aktiviti kelab terus berjalan lancar.
Mesyuart juga bersetuju untuk melantik penama-penama berikut sebagai wakil di setiap organisasi media di negeri sebagai usaha memperkukuhkan fungsi kebajikan ahli. Tujuannya untuk ahli i-Kwan akan memperolehi maklumat kelab dengan lebih cepat, selain i-Kwan sendiri dapat mengetahui perkembangan ahli. Mereka adalah:

1. Patrick Sennyah (NST)
2. Sarban Singh (The Star)
3. Dzulkefli Mustapha (Berita Harian dan Harian Metro)
4. Mohd Yasir Jaafar (Utusan Malaysia)
5. Rais Yeop Johari (KOSMO !)
6. Shahrulizan Rusli (Bernama)

Bagaimanapun, AJK sedia ada masih berfungsi seperti biasa bagi memastikan perjalanan kelab berjalan lancar.