April ini, genap setahun i-Kwan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sebagai sebuah kelab yang dianggotai pengamal media di Negeri Sembilan. Selaras dengan usia yang semakin meningkat, i-Kwan kini mengorak langkah lebih ke depan dengan tidak hanya berfungsi sebagai sebuah kelab untuk ahli semata-mata.
Pada mesyuarat AJK i-Kwan 25 Februari lalu, Presiden i-Kwan menyatakan hasrat untuk membuka peranan kelab ke arah yang lebih luas, tidak hanya menumpukan aktiviti ahli semata-mata, sebaliknya ia lebih menyeluruh terhadap semua pengamal media di negeri ini.
Oleh sebab itu, pelbagai aktiviti sedang dirancangkan kelab untuk tahun ini tidak hanya aktiviti ahli, sebaliknya membabitkan semua pengamal media yang bertugas di Negeri Sembilan, manakala ahli i-Kwan akan menjadi penggerak utama aktiviti berkenaan.
Adalah diharapkan, dengan langkah ini, ia akan menguatkan lagi semangat setiakawan pengamal media di negeri ini. Semoga berjaya !