28.11.11

i-KWAN - Aquakids

Kelab Wartawan Negeri Sembilan ( i -KWAN ) dengan kerjasama Yayasan Murad pada bulan Mac lalu berkesempatan menganjurkan program Aquakids iaitu program bagi mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai teknik asas keselamatan air.

Diadakan di Kompleks Sukan Seremban 2, ia melibatkan seramai 20 anak yatim yang berusia antara 7 hingga 16 tahun

Presiden i -KWAN, Muhammad Rais Yeop Johari memberitahu, aktiviti amal itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu mengenai teknik asas berenang di samping membina keyakinan diri mereka.



Sementara itu, Pengasas Yayasan Murad, Prof. Datuk Abdul Murad Ahmad melihat penganjuran program amal itu yang disifatkannya amat berlainan berbanding program yang lazimnya dianjurkan untuk anak yatim.