28.11.11

Futsal I-KWAN vs Tourism Malaysia Negeri Sembilan



Hubungan baik pihak media dengan Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan terus dieratkanmelalui aktiviti sukan biarpun masing -masing mempunyai tugas hakiki yang sentiasa sibuk.

Untuk tujuan itu, satu pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang futsal Public Star Oakland Industri, Seremban 2, melibatkan Kelab Wartawan Negeri Sembilan ( i-KWAN ) bersama Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan

Tourism Malaysai Negeri Sembilan menang tipis kepada pasukan i-KWAN dengan jaringan 19 -18Malaysia Negeri Sembilan menang tipis kepada pasukan i-KWAN dengan jaringan 19-18.

Pertandingan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri - Datuk Mohamad Razi Kail dan isteri.

Hadir sama Presidem i-KWAN - Mohd Rais Yeop Johari dan Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan - Hishammudin Mustafa.