28.3.09

SAMBUT ULANGTAHUN i-KWAN DI GLORY BEACH RESORT


1 April ini, genap setahun penubuhan i-Kwan. Syabas diucapkan kepada semua ahli i-Kwan yang memberi sokongan dan turut serta dalam program yang dianjurkan sepanjang penubuhan. Bagi menghargai jasa ahli, i-Kwan akan mengadakan majlis sambutan ulangtahun pertama di Kokomo Beach Cafe dekat Glory Beach Resort, Port Dickson pada 10 April 2009 (Jumaat) bermula 8.00 malam. Semua ahli i-Kwan dan keluarga masing-masing (termasuk yang baru nak masuk jadi ahli) dijemput hadir sama.



Program bertemakan 'Santai Bersama Keluarga' juga akan menghimpunkan keluarga ahli i-Kwan selain beberapa kenamaan termasuk ketua jabatan yang selama ini sering memberi sokongan terhadap i-Kwan.

Di kesempatan ini, i-Kwan mengucapkan terima kasih kepada Glory Beach Resort yang sudi menyediakan penempatan bagi tujuan majlis berkenaan yang akan menghidangkan juadah barbeku.



Kokomo Beach Cafe di Glory Beach Resort, tempat lokasi sambutan ulangtahun pertama i-Kwan


Bagi ahli i-Kwan yang tidak tahu dimana Glory Beach Resort, disertakan peta laluan ke majlis berkenaan :




Jumpa di sana !


1.3.09

FUNGSI i-KWAN DIPERLUASKAN


April ini, genap setahun i-Kwan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sebagai sebuah kelab yang dianggotai pengamal media di Negeri Sembilan. Selaras dengan usia yang semakin meningkat, i-Kwan kini mengorak langkah lebih ke depan dengan tidak hanya berfungsi sebagai sebuah kelab untuk ahli semata-mata.

Pada mesyuarat AJK i-Kwan 25 Februari lalu, Presiden i-Kwan menyatakan hasrat untuk membuka peranan kelab ke arah yang lebih luas, tidak hanya menumpukan aktiviti ahli semata-mata, sebaliknya ia lebih menyeluruh terhadap semua pengamal media di negeri ini.

Oleh sebab itu, pelbagai aktiviti sedang dirancangkan kelab untuk tahun ini tidak hanya aktiviti ahli, sebaliknya membabitkan semua pengamal media yang bertugas di Negeri Sembilan, manakala ahli i-Kwan akan menjadi penggerak utama aktiviti berkenaan.

Adalah diharapkan, dengan langkah ini, ia akan menguatkan lagi semangat setiakawan pengamal media di negeri ini. Semoga berjaya !

Satu pena satu matlamat.. Dari kiri: Mokhtar Alias (Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar NS), Abd Rahman Ibrahim (RTM), Farabi Said Al-Jabri (Utusan Malaysia) dan Sharullizan Rusli (Bernama) ketika menghadiri majlis Pekerti di Klana Resort.