Majlis Hi-Tea dan penyampaian hadiah Sukan Intermedia NS 2009 berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah pada 18 Ogos lalu. Majlis yang turut dihadiri Exco Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, YB Abdul Samad Ibrahim bagi mewakili Menteri Besar yang turut menyaksikan kejayaan penganjuran sulung program sukan di kalangan pengamal media di negeri ini.
Paling menarik, Sukan Intermedia ini turut disertai Kelab Wartawan Cina Negeri Sembilan dan Pejabat Menteri Besar selaku jemputan. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Utusan selaku johan keseluruhan apabila berjaya menewaskan pencabar terdekatnya, RTM.
Ketika berucap pada majlis Hi-Tea itu, Abdul Samad turut mengucapkan tahniah kepada i-KWAN kerana berjaya menganjurkan program sebegini dalam usaha menyatu padukan pengamal media di Negeri Sembilan. Malah, beliau turut membayangkan, Sukan Intermedia bakal menjadi acara tahunan dalam kalender i-KWAN, sekaligus menyaksikan lebih banyak acara sukan yang dipertandingkan.
Para pemenang acara individu mengambil peluang bergambar dengan Abdul Samad.
Bendahari i-KWAN, Muhd Faizal Abas sempat men'sumbang'kan beberapa lagu pada majlis Hi-Tea tersebut.
Semoga tahun hadapan, Sukan Intermedia NS akan menampilkan lebih banyak acara sukan selain menyaksikan penyertaan menyeluruh daripada pengamal media di negeri ini.