6 Jun lalu, beberapa pengamal media Negeri Sembilan menjalankan tanggungjawab mereka untuk terus melaporkan berita terkini kepada orang ramai. Kebetulan malam itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengadakan operasi malam minggu dalam usaha menangani Mat Rempit. Sebagai menghargai kepayahan anggota JPJ bertungkus-lumus menangani masalah Mat Rempit, pengamal media NS tidak ketinggalan untuk turut bersama menyokong usaha mereka dengan bersama-sama turun padang melihat sendiri sejauh mana operasi dijalankan. Operasi bermula 10 malam diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ negeri, Abdul Manaf Salleh.
Mari kita kongsi bersama pengalaman pengamal media pada malam itu :
Mari kita kongsi bersama pengalaman pengamal media pada malam itu :
Disamping memegang kamera video, Abd Rahman (RTM) sempat melihat dengan penuh minat sebuah motosikal yang telah disita.
Pengacara 999, Teh Syuhada Mat Sarip turut serta dalam operasi JPJ malam itu.
Amir (Kosmo !) terpaksa membatalkan temujanji malam minggu semata-mata kerana tugas. Sabar je la Mir...
Jurufoto NSTP, Dzulkefli Mustapha sabar menunggu di tepi tembok untuk mengambil shot menarik 'Mat-mat Rempit' beraksi. Sebelah tu jurugambar akhbar berbahasa Cina.
Ketua wartawan Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh dan Dzulkefli menunggu di bawah tiang lampu untuk mendapatkan shot menarik aksi-aksi Mat Rempit.
Antara aksi Mat Rempit yang sempat dirakamkan lensa ikwanonline.
Seorang anggota JPJ berpakaian biasa juga terpaksa menggadaikan keselamatan mereka menangkap Mat Rempit.
Jurukamera NTV9 (dan juga jurukamera 999) sempat menegur rakan TV3 daripada Kuala Lumpur yang kebetulan datang ke Seremban dan terperangkap dalam road block JPJ.
Nasir dan Teh Syuhada sempat buat live untuk rancangan 999.
Operasi yang berakhir 2 pagi itu memberi satu kesimpulan di kalangan pengamal media di negeri ini. Sampai bila isu Mat Rempit ini akan berakhir biarpun telah banyak kali pengamal media mendedahkan bahaya dan keburukan aktiviti tidak bermoral itu.
Oleh kerana itu, i-kwan sedang memikirkan program yang boleh diketengahkan kelab bagi menangani isu Mat Rempit ini.