11.4.09

SAMBUTAN ULANG TAHUN PERTAMA i-KWAN MERIAH


10 April 2009 - Hujan sejak awal petang tidak menghalang sambutan ulangtahun pertama i-Kwan di Glory Beach Resort (GBR), Port Dickson berlangsung dalam suasana meriah. Sambutan bertemakan 'Santai Bersama Keluarga' yang pada mulanya dirancang diadakan di tempat terbuka bersebelahan pantai, terpaksa diubah di bawah khemah bersebelahan 'pool side' bagi mengelakkan risiko hujan. Bagaimanapun, program tetap diteruskan tanpa sebarang masalah.


Backdrop yang dihadiahkan khas daripada pihak GBR sempena ulangtahun i-Kwan. Selain itu, GBR turut menaja persembahan 2 pieces band sepanjang program berlangsung. Terima kasih GBR terutama Pengurus Besarnya, Lau Cheong Leong yang turut membantu dalam program ini.


Lokasi asal program yang telah siap sejak 3 petang. Bagaimanapun, atas nasihat pihak GBR kerana risiko hujan, ia terpaksa dipindahkan kira-kira 6 petang, dua jam sebelum program berlangsung.

Pada malam itu, semua ahli i-Kwan masing-masing menerima hamper, hadiah barangan letrik dan set barangan kecantikan sebaik saja mendaftar di lobi. Ramai yang terkejut tetapi memang sengaja AJK i-Kwan merahsiakan 'suprise' berkenaan selaras dengan hasrat Presiden kelab yang mahu setiap ahli tidak pulang dengan tangan kosong. Tahniah buat Kak Aziah (Berita Harian), Lin (RTM) dan Baya (Sinar Harian) yang menguruskan cenderamata untuk ahli.


Nasir (TV3) antara ahli yang terkejut ketika diminta membawa pulang set hamper tanpa perlu membuat cabutan bertuah.


Kehadiran Shahjehan (Utusan Malaysia) bersama dua 'hero' nya menarik perhatian ramai.


Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, MokhtarAlias (kanan) juga antara mereka yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menolak setiap kali dijemput ke program i-Kwan. Dari kiri, bendahari i-Kwan, Faizal (TV3) dan Ahmad Naim Tahir (Berita Harian).


Farabi (utusan Malaysia) berjaya menarik perhatian ramai dengan fesyen jubahnya. Tapi sayang, pihak penganjur tak ada sediakan hadiah untuk fesyen terbaik.


Sambutan ulangtahun pertama i-Kwan ini turut mendapat liputan secara langsung daripada RTM. Kelihatan Abdul Rahman Ibrahim sedang bertungkus lumus merakamkan sekitar program berkenaan.


YB Zainab Nasir, satu-satunya Exco kerajaan negeri yang hadir ke program berkenaan. Walaupun terpaksa datang jauh dari Gemas, beliau tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan ulang tahun pertama i-Kwan.


Kehadiran penaung i-Kwan, YAB Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menambahkan lagi keceriaan program berkenaan. Walaupun sibuk dengan tugasan, beliau tetap bergegas ke program ini untuk bersama-sama meraikan ulang tahun pertama kelab.


Menteri Besar tiba tepat 8.30 malam sambil diiringi Presiden i-Kwan, Ainol Amriz (kanan). Turut serta di belakang, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mokhtar Alias dan Pengarah Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali.






Menteri Besar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan ahli keluarga i-Kwan sepanjang program berlangsung.


Amat menarik kerana pada malam itu program berlangsung tidak secara formal bersesuaian dengan tema 'Santai'. Tiada sebarang ucapan, sebaliknya hadiran bebas bergerak ke sana ke mari untuk berbual dengan ahli keluarga yang lain. Itu konsep yang diputuskan saudara Presiden yang terbukti menarik.


Menteri Besar juga tidak melepaskan peluang berbual dengan sebahagian ahli i-Kwan mengenai isu semasa.


Kambing panggang menjadi hidangan istimewa pada hari tersebut. Terima kasih kepada Exco kerajaan negeri, Abdul Samad Ibrahim yang menyumbang seekor kambing, serta Jabatan Verterinar Negeri Sembilan yang menaja dua ekor kambing.


Walaupun tak lagi bersama Harian Metro, Sulaiman Salleh tetap tidak melupakan rakan-rakan media di Negeri Sembilan apabila hadir dengan isterinya. Sulaiman yang kini menjadi pensyarah di Kolej Universiti Islam Malaysia tetap menjadi ahli i-Kwan sebagai ahli bersekutu.


Walaupun datang dari jauh, Tarmizi Abd Rahim (Utusan Malaysia) tetap bersemangat membawa keluarganya bersama-sama meraikan ulangtahun pertama i-Kwan.


Kelihatan Pegawai Turus Trafik negeri, Tuan Halil Hamzah yang selama ini banyak membantu dalam memberi maklumat untuk dilaporkan pihak media, turut sudi hadir memeriahkan program. Beliau hadir bersama beberapa pegawai kanan polis termasuk Ketua Polis Daerah Port Dickson, Tuan Mazlan Othman.


Kehadiran ahli bersama anak masing-masing turut memeriahkan program keluarga ini. Kelihatan Shamsina RTM (kanan) bersama anaknya di samping Farabi (Utusan) yang belum ada anak tapi mendukung anak sepupunya.



Wartawan RTM, Hanna Adlint (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Menteri Besar sebagai tanda kenang-kenangan sempena malam tersebut.