30.7.09

SUKAN INTERMEDIA NEGERI SEMBILAN 2009


Buat pertama kali, Sukan Intermedia NS 2009 yang bermula 27 Julai lalu menyaksikan bakat-bakat terpendam pengamal media NS dalam bidang sukan. Pada tahun ini, hanya tiga sukan diperkenalkan iaitu Boling, Futsal dan Badminton.


Perlawanan Boling pada 27 Julai di Seremban Parade menyaksikan 10 pasukan yang terdiri daripada setiap syarikat media termasuk Pejabat Menteri Besar iaitu Suara Negeri selaku jemputan. Bagaimanapun, keputusan penuh boling akan diumumkan pada majlis makan malam nanti.

Manakala Futsal pada 29 Julai di Oakland menyaksikan Utusan Malaysia menjadi johan, sementara RTM selaku naib johan. Kumpulan NTSP dan Sinar Harian masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

31 Julai nanti, perlawanan badminton diadakan di Dewan MPS menyaksikan beregu lelaki, wanita dan campuran. Datanglah beramai-ramai memberi sokongan.....